Aku baru saja menerima panggilan telefon daripada pihak syarikat minyak. Seorang pegawai baru berbangsa Cina. Dia memberitahu aku dia mengambil alih daripada rakan sekerjanya yang juga rakan aku semasa kami sama-sama kerja di syarikat kulit kerang.
"Saya ada berita baik untuk awak. Pemohon yang kami interview minggu lepas telah berjaya dipilih untuk menjadi pengusaha di tapak yang dicadangkan," jelasnya.
"Itu satu berita yg menggembirakan. Terima kasih," balas aku.
Kiranya Amoi di dalam kisah aku sebelum ini telah berjaya untuk menjadi dealer stesen minyak. Langkah berikutnya ialah untuk dia pergi ke kursus intensif di Akademi Latihan syarikat minyak tersebut utk tempoh 3 minggu solid. 21 hari tanpa ada cuti hujung minggu. Segala ilmu tentang menguruskan stesen minyak akan diturunkan di dalam kursus tersebut. Kursus ini cuma diadakan tiga kali di dalam setahun. Amoi ini akan pergi kursus pertama utk tahun depan yang akan diadakan selepas Tahun Baru Cina.
Mungkin ada yang bertanya apa peranan aku di dalam urusan ini.
Sebenarnya aku dan rakan aku mengaturkan segala urusan berkaitan stesen minyak ini dari:
1) mencari tapak tanah yang sesuai
2) mendapatkan syarikat minyak yang setuju untuk mengadakan stesen minyak di situ
3) mendapatkan kelulusan tukar syarat tanah daripada Bangunan kepada Stesen Minyak dan Gas
4) mendapatkan kelulusan keluar masuk dari pihak JKR
5) mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang daripada pihak PBT dan pihak-pihak lain yang berkaitan
6) mengaturkan dealer termasuk temuduga
7) mencari kontraktor yg sesuai untuk membina stesen tersebut
8) mendapatkan kelulusan CCC apabila stesen tersebut siap dibina
9) dsbnya
Bagi anda yang berminat untuk membuka perniagaan stesen minyak, bolehlah hubungi aku di: yunusbadawi.arahsaksama@gmail.com
Iklan ini ditaja oleh tuanpunya blog …… hehehe
No comments:
Post a Comment