Saturday, December 14, 2013

2 November 2013 dalam kenangan


Tika ini berleluasa berita tentang pemergian allahyarham Ahmad Ammar di facebook dan blog. Kisah pelajar cemerlang ini menarik hati bukan sahaja di Malaysia tetapi luar negara juga. Untuk lebih lanjut kisah2 trajis ini bolehlah google atau baca sini ye. Kakpb dah tengok videonya dari kecil hingga saat dikebumikan. Takziah untuk keluarga beliau. Allah lebih menyayangi beliau dan ditempatkan jenazahnya disisi sahabat Rasulullah SAW.

Tika 2hb November itu juga sebenarnya tarikh kakpb bertemu dengan kawan-kawan lama di UTM, Jalan Semarak. Kakpb tak sempat nak update disini. Baru ada peluang menulis.

Memang tak sangka dapat berjumpa kembali walaupun tak ramai yang datang dan dapat jumpa. Kawan yang sama-sama disekolah rendah dulu pun masih ingat kakpb. Katanya dulu dia miskin, selalu mengendeng bekalan karipap yang kakpb bawa. Dia masih ingat rumah kakpb depan sekolah masa tu. Sayangnya kakpb dah banyak lupa kisah dikampung, zaman kanak-kanak sebab kakpb dah lama sangat tinggalkan Johor. Dapat balik sekali sekala mana sempat nak bermesra dengan kawan lama?

Jadi, kawan kakpb ni plan bermula di facebook, supaya kami dapat berjumpa untuk melepas rindu. Baik sungguh hati mereka ni sanggup menaja makan minum dan bilik menginap untuk mereka yang jauh. Kakpb pula tak dapat dinner bersama sebab kena balik Kelantan malam tu. Tak dapat merasa kambing bakar...hehe...bukan suka sangat pun. Dapat hi-tea pun dah cukup. Itu pun tak minum sebab asyik bersembang je. Aktiviti petang tu cuma tolong susunkan cenderahati yang kami bawa untuk lucky draw. Kakpb terpaksalah ambil awal sebab pukul 5 ptg dah kena balik.


2 november 2013 dalam kenangan 1


Ramai yang dah menikmati kerjaya yang baik, anak-anak diuniversiti. Ada yang doktor, datin, cikgu dan sebagainya. Kakpb tumpang bangga walaupun kakpb tak berjaya seperti mereka. Apa yang penting ikatan persahabatan tidak pernah membezakan itu semua.

InsyaAllah panjang umur kami akan cuba berkumpul lagi bersama keluarga masing-masing pula. Tempatnya mungkin di Putrajaya? Sabah? Johor? Perlukan perancangan yang teliti kerana masing-masing ada komitmen yang perlu didahulukan.

Untuk sahabat yang membaca coretan ini, terutama sahabat SDPB pertemuan tempohari amat manis dalam ingatan. Terima kasih kerana sudi menaja dan berusaha merealisasikan perjumpaan ini.

No comments:

Post a Comment