Semalam hari saya berkabung.
Di harijadi dia pecah hati saya.
Terlalu berkecamuk perasaan tak dpt saya gambarkan.
2 bijik panadol pun masih tidak boleh buat saya pejamkan minda saya.
Saya cuba bungkus saja setiap kenangan dan sorok di penjuru paling jauh dari ingatan
Boleh ke? Mampu ke?
Tak boleh, kerana semalam saya tak kuat.
Tak mampu kerana semalam saya terlalu tidak gagah.
Malam tadi saya kehilangan lelap sampai ke pagi.
Mata pejam tapi hati celik..
Minda merayau rayau ke alam kenangan bersama dia.
Bukan sekejap. 27 tahun lamanya.Lama, sangat lama.
Masih ingat bawa perut membusung mengandungkan dia
Berkongsi darah dan nyawa.
Masih segar rasa sakit sewaktu melahirkan dia.
Membesarkan dia dalam serba kesederhanaan.
Melepaskan dia di hari perkahwinan nya..
Tanggungjawap berpindah tangan tapi kasih sayang tetap serupa.
Segalanya sudah menjadi bilah yg melukakan hati.
Saya tidak mampu lagi pandang wajah lama dia.
Tolong jangan sesiapa pun hulur foto2 lama itu.
Pandangan dia itu akan meragut tangkai jantung saya.
Jauhkan dari saya, jauhkan dari saya...
Hari ini, setelah 28 tahun tuhan amanahkan saya untuk menjaga dia,
saya sudah tekad..
Saya hanya kenal dia yang si sisi saya ini begini..
Sudah cukup baik begini
Alhamdullilah saya boleh sikat rambut dia setiap pagi
Saya boleh sentuh dia hari hari...
Saya boleh renung wajah nya setiap masa..
Saya boleh terus menyayangi dia dan
memanggil dia Ja.
Cahaya mata mummy,
Belaian jiwa mummy...
Biarlah bagaimana pun keadaan mu anak,
Biarlah walau sudah tidak berkongsi nyawa,
Kamu tetap di sini, di dalam hati ini..
Ja, Ja sampai bila2 pun anak mummy.
Anak perempuan mummy.
Buah hati mummy.
Selama lamanya...........
No comments:
Post a Comment